Monday, April 25, 2011

hilang keyakinan diri

bertapa pilunya hati seorang wanita apabila,,maruah dirinya jdipermainkan..sungguh malu..hanya tuhan yang tahu..tetapi wanita ini sedar bahawa..semua ini adalah ujian dari ALLAH S.WT...mungkin juga kerana perbuataannya sesama manusia..kadang-kadang kita sedar..kadang-kadang kita tidak sedar..wanita ini bukanlah seorang pencinta ALAM yang sejati tetapi hatinya sentiasa ingat kepada pencipta ALAM..biarlah masa yang menentukan segalanya..musabah diri dan terus berjuang demi matlamat yang utama..

kata-kata untuk wanita:-angin yang datang tidak semesinya nyaman untuk diri kita..ianya boleh mendatangkan musibah kepada kita..hati-hati sahaja tidak cukup..tetapi dengan usaha dan doa berterusan..insyallah kita akan diingati oleh hamba-hamba ALLAH yang lainya..hari ini hujan..esok mungkin pelangi yang cantik..insyallah..KEPADA WANITA...SENTIASALAH INGAT KAMU DIBAWAH..YANG DIATAS ADALAH ...ALLAH S.W.T..

p/s:-terus sedih tidak mendatangkan untung kepada diri dan orang lain...

Sunday, April 24, 2011

hidup sederhana..

Saturday, February 19, 2011

BIG BANG COMEBACK...

ANNEYONGSEYO....NEWS..NEWS...BIGBANG KEMBALI...

wah..sungguh teruja cik tat bila tahu bigbang akan kembali dengan album baru mereka..
tak sabar rasanya mendengar lagu terbaru dari the vip..cik tat diantara peminat terminat yang minat dengan kumpulan kpop nie..hits lagu mereka sebelum nie..THE LIES(KOH JI MAL),HARU-HARU,THE HAVEAN,LAST FAREWELL,FOREVER WITH YOU DAN BANYAK LAGI..
dalam erti kata lain..semua best la..hehe..kat cnie cik tat post new image bigbang..enjoy..n fall in love..
NEW YEAR OF VIP..LOVE BEGIN!!!





p/s:-cik tat biarkan cik tulis mencari cik tat..entri lain cik tat post about kpop k,,larikk dulu..daaa..

Monday, February 7, 2011

jejak kasih..1

temu bual bersama makcik..
lokasi:-kawasan gerai goreng pisang
tarikh-bersamaan hari ahad..(cuti)


cik tulis:-assalamualaikum makcik..tumpang tanya..
makcik:-walaikumusalam..tanya la..(sambil tersenyum)
cik tulis:-makcik ada jumpa orang nie takk?(sambil menunjukkan sekeping gambar)




makcik:-....!!!!!!!

note-cik tulis telah mendapat penghargaan dari makcik tadi..berupa..PELEMPANG 360 DARJAH!!(adoi!!)
effect:-bekas tapak tangan..cik tulis teruskan misi...

cik tulis terjumpa.....

soalan cepugangsa...

apakah yang dijumpai oleh cik tulis.?
siapakah yang cik tulis jumpa?
mengapakah cik tulis tulis tajuk cik tulis terjumpa?
apakah tujuan sebenar cik tulis menulis entri nie?

jawapanya:-cik tulis pon tak tahu..

note:-otak cik tulis buntu kerana jam+saat ini belum ketemu sama cik tat...soalan..dimana cik tat?

Thursday, February 3, 2011

Jom Blogwalking Bersama Yiedpozi'...








jom..jom..jom..blogwalking bersama adik yiedpozi kita..cik tulis nak join coz cik tulis suke mata adik yang sepet .."sepet itu kacak"...akak pon nak tulis la..GEMUK ITU CANTIK..keh2..so,kepada sesiapa yang nak tambahkan trafik light kat blog dya..meh la..adik sepet kita nk tolong tu(betulkan kalau akak salah)..selamat


note:-mata cik tat tak sepet..mata dya bulat.(.masih mencari cik tat.).

Wednesday, February 2, 2011

SEBARKAN KEPADA SEMUA




Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar. - tatnenasflavor(dari bujangsenag)

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...